25 Februari 2026, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat delegasi pakar daripada Renji Hospital, Shanghai Jiaotong University School of Medicine, Republik Rakyat China yang diketuai oleh YBrs. Professor Dr. Chua Chee Wai ke atas YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), MOSTI bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan dan pembangunan bioperubatan di Malaysia khususnya melalui kolaborasi bersama universiti-universiti tempatan.
Turut hadir ialah wakil daripada Bahagian Antarabangsa serta Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, MOSTI. Penyertaan agensi seperti National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dan Bioeconomy Corporation dalam sesi ini juga mencerminkan komitmen berterusan MOSTI dalam memperkasa agenda bioteknologi negara melalui kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.




