Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Delegasi Gyeonggi Provincial Assembly, Korea Selatan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

26 September 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Gyeonggi Provincial Assembly, Korea Selatan yang diketuai oleh Madam Ko Eun Jung. Delegasi seramai 25 orang itu terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Ekonomi dan Buruh serta pegawai pengiring.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan taklimat mengenai dasar dan perkembangan terkini Malaysia dalam bidang sains, teknologi, inovasi dan kecerdasan buatan (AI), khususnya sebagai pemacu Industri 4.0 serta dalam memperkukuh kerjasama dua hala.
Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Boniface anak Edwin Manung, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, MOSTI.
MOSTI mengucapkan selamat datang dan berharap lawatan ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Korea Selatan dalam bidang STI dan AI.
Skip to content