Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Digital Internet Association Malaysia (iaM) Ke Atas Ketua Setiausaha MOSTI

30 Ogos 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI Hari ini menerima kunjungan hormat daripada Digital Internet Association Malaysia (iaM) yang diketuai oleh YBhg Dato’ Seri CM Vignaesvaran Jeyandarn.

Sesi ini antara lainnya membincangkan mengenai cadangan kerjasama pengisian program pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) bersama MOSTI oleh iaM.
Hadir sama YBrs. Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, Encik Syafik Afzan bin Abu Kasim, Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI serta Ir. Airull Azizi bin Awang Lah, Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T.
Skip to content