Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Duta Besar Qatar ke Malaysia ke atas Menteri MOSTI

Kunjungan Hormat TYT. Farhad Mohammed Kafood, Duta Besar Qatar ke Malaysia ke atas YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Ir Dr Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi, Pengkomersialan dan Perkhidmatan STI) MOSTI dan Pegawai Kanan MOSTI. Malaysia dan Qatar berpeluang bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman dalam bidang Sains, Teknologi & Inovasi (STI) di antara kedua-dua negara yang merangkumi perbincangan mengenai teknologi digital, e-cash, e-government dan teknologi robotik.
Skip to content