Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat ke atas YB Exco Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital, Negeri Sembilan

11 Mac 2024, Negeri Sembilan – YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Mohd Faizal bin Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital, Negeri Sembilan di Wisma Negeri.

Tujuan sesi kunjung hormat adalah bagi membincangkan cadangan kerjasama MOSTI dengan Kerajaan Negeri Sembilan berkenaan aktiviti-aktiviti pembudayaan, pendanaan dan mesyuarat MEXCO-STI.
Sesi kunjung hormat ini juga adalah untuk memperkenalkan aktiviti pembudayaan di bawah MOSTI membentangkan berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh MOSTI dan menjalinkan hubungan kerjasama antara MOSTI dan pihak kerajaan negeri.
Skip to content