Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat KSU MOSTI ke atas Pegawai Daerah Segamat

21 Mei 2024, Johor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat bagi memaklumkan pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI MOSTI 2024 di Kg. Tekam, Pogoh 3, Segamat, Johor.

Antara projek yang akan dilaksanakan adalah lampu jalan berasaskan tenaga boleh baharu (renewable energy), telaga tiub, dan jeti terapung Biokomposit yang dilihat akan memberi manfaat kepada para penduduk kampung tersebut.
Kunjungan Hormat ini turut disertai oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; YBrs. Dr. Noraisah binti Spahat, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik; Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI; Cik Hamizah binti Abu Bakar (Pentadbir Tanah Segamat); Encik Hussin bin Md Salleh, Ketua Kg. Tekam, wakil-wakil dari Pejabat Daerah Segamat, Agensi Nuklear Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), NanoMalaysia Berhad, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan para penduduk di Kg. Tekam.
Skip to content