Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat oleh Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar, Republik Singapura ke Malaysia

14 Julai 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama (PYT) Grace Fu Hai Yien, Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar, Republik Singapura. Tujuan pertemuan ini adalah bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) di antara kedua-dua buah negara.
Pihak Singapura menyuarakan hasrat untuk mempelajari dari Malaysia mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam meneroka potensi penggunaan tenaga nuklear. Malaysia mengambil maklum berhubung perancangan Singapura dan bersedia menjalinkan usahasama secara kolektif dengan rakan-rakan negara ASEAN bagi memperkasakan keupayaan dalam aspek kesedaran awam, keselamatan nuklear, kawal selia dan kesiapsiagaan kecemasan.
YB Datuk Chang Lih Kang diiringi oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan YBrs. Ambassador Suzilah Mohd Sidek, Setiausaha Bahagian Asia Tenggara, Kementerian Luar Negeri. PYT Grace Fu pula diiringi oleh Encik Shivakumar Nair, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura.
Skip to content