14 April 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerima kunjungan hormat daripada Dato’ Dr. Rajah Rasiah, Pengarah Institut Asia – Eropah Universiti Malaya.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen MOSTI untuk terus menyokong institusi pengajian tinggi sebagai nadi penggerak inovasi bagi meletakkan Malaysia di barisan hadapan kemajuan teknologi di peringkat global.




