KUNJUNGAN HORMAT T.Y.T DR. MAKIO MIYAGAWA, DUTA BESAR JEPUN KE MALAYSIA KE ATAS YB DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU, MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA

Pada 29 November 2017, T.Y.T Dr. Makio Miyagawa, Duta Besar Jepun Ke Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat tersebut turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan MOSTI. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua Negara.