Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI Ke Atas Duta Besar Malaysia Republik Uzbekistan

14 November 2024, Republik Uzbekistan – YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Ilham Tuah Illias, Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan.

Pertemuan ini diadakan bersempena program The International Week of Innovative Ideas (Innoweek.uz 2024) atas jemputan daripada Innovative Development Agency, sebuah agensi di bawah Ministry of Higher Education, Science & Innovation (MHESI), Republik Uzbekistan.
Antara perkara yang dibincangkan dalam sesi tersebut termasuklah peluang kolaborasi antara kedua-dua negara, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang boleh diterokai bersama antara MOSTI dan pihak MHESI.
Skip to content