26 Jun 2024, Korea Selatan – YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Kementerian Sains & ICT (MIST), Korea Selatan yang diwakili oleh Yoon Kyungsook, Pengarah, Bahagian Penyelarasan Kerjasama Antarabangsa Biro Kerjasama Antarabangsa.
Antara perkara yang dibincangkan adalah bagi mengaktifkan kembali Perjanjian antara Malaysia – Korea Selatan dalam bidang saintifik dan kerjasama teknologi yang telah ditandatangani pada tahun 1985. Turut dibincangkan adalah Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Korea Selatan dan hasil lawatan kerja MOSTI ke Korea Selatan serta tindakan susulan berkaitan.
Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Encik Imran bin Abdullah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dana, Encik Shahrizal bin Shahrudin, Pengarah Malaysian Science and Technology Information Centre (MASTIC), YBrs. Puan Hazami binti Habib, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Puan Ida Semurni binti Abdullah Ali, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT).