Pada 30 Mac 2017, TYT Attila Kali, Duta Besar Hungary Ke Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Ketua Setiausaha (STI) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat tersebut turut disertai oleh Pegawai-pegawai kanan daripada MOSTI.
Hungary baru sahaja membuka semula Pejabat Kedutaan Hungary di Malaysia pada 2015. Justeru, Kunjungan Hormat ini adalah bertujuan memperkukuh hubungan baik di antara Malaysia dan Hungary dalam bidang STI di samping mengenali ekosistem inovasi start-up di Malaysia.