27 April 2021, Perlis – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis seterusnya mempengerusikan bersama Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Peringkat Negeri Perlis.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan 2020 sudah beroperasi sejak 19 April 2021 bagi pelaksanaan PICK Fasa 2. PPV Dewan Seri Melati, Padang Besar akan buka pada 24 Mei 2021.