Skip to main content
Berita

Kursus Pengurusan Tatatertib

2 Julai 2024, Putrajaya – Unit Integriti, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Tatatertib pada 2 Julai 2024 bertempat di The Everly Putrajaya.

Kursus ini telah dihadiri oleh Ketua Jabatan, Pegawai Penyelia dan Urus Setia Lembaga Tatatertib termasuk Jabatan dan Agensi di bawah MOSTI serta pegawai-pegawai Pentadbir Bahagian dan Unit.
Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi menyampaikan aspirasi dan hasrat Pengurusan Tertinggi MOSTI mengenai Tugas Kawalan dan Pengawasan Tatatertib serta tatacara pengurusan tatatertib perkhidmatan awam. Ia juga dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta tentang jenis-jenis pelanggaran tatakelakuan yang boleh diambil tindakan tatatertib serta jenis hukuman di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Sesi-sesi ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menjayakan pelaksanaan enam (6) fungsi teras Unit Integriti.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut meluangkan masa bagi menyampaikan amanat Beliau kepada para peserta agar dapat bersama menggalas tanggungjawab menangani salah laku dan ketirisan di MOSTI.
Skip to content