Skip to main content
Berita

Lawatan dan Sesi Dialog Bagi Program Santuni MADANI

28 Julai 2024, Johor – YBhg. Dato Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan dan Sesi Dialog Bagi Program Santuni MADANI di Kg Tengah, Kluang, Johor.
Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI ) merupakan satu kaedah meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung yang terpilih.
Turut mengiringi lawatan dan sesi dialog ini adalah YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Noraisah binti Spahat (Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik) serta Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaluddin (Setiausaha Bahagian Pembangunan). Program ini turut melibatkan JPKK Kg Tengah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, KEMAS Johor, ICU Johor serta Pihak Berkuasa Tempatan.
Skip to content