24 April 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI mengadakan lawatan di Bioeconomy Corporation pada hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh sinergi strategik antara Bioeconomy Corporation dan MOSTI dalam memacu agenda bioekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. Selain sesi perbincangan mengenai hala tuju organisasi, kunjungan ini turut memberi ruang kepada pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan inisiatif-inisiatif baharu yang bakal menyokong ekosistem bioteknologi tempatan.




