Skip to main content
Berita

Lawatan Delegasi ASEAN ke Institut Bioteknologi di UMS: IBTP, IPB & IPMB

10 September 2025, Sabah- Sebagai sebahagian daripada pengisian ASEAN Bioethics Seminar 2025, seramai 40 orang peserta dan delegasi ASEAN berpeluang melawat Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi meninjau kemudahan di Institut Bioteknologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) dan Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB).

Lawatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk melihat lebih dekat fasiliti UMS dalam bidang bioteknologi, sains marin serta pemuliharaan tropika, sekali gus membuka ruang kerjasama serantau pada masa hadapan.
Ia juga menjadi platform penting bagi memperkukuh jaringan kerjasama penyelidikan di peringkat serantau.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada UMS atas sambutan mesra dan perkongsian yang amat bermakna.
Skip to content