Skip to main content
Berita

Lawatan ke KEPCO dan Pusat Hubungan Awam Elgaia Ohi

14 Mei 2025, Jepun – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengetuai delegasi MOSTI dalam lawatan kerja ke Kansai Electric Power Company (KEPCO) Ohi Nuclear Power Plant dan Pusat Hubungan Awam ELGAIA Ohi (Public Relation Centre ELGAIA Ohi) di Wilayah Fukui, Jepun. Turut hadir YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sesi lawatan kerja di pusat tenaga nuklear bertujuan menyaksikan dan meneliti pelaksanaan operasi loji kuasa nuklear di negara maju seperti Jepun sebagai sebahagian dari usaha MOSTI menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 dan membangunkan ekosistem teknologi nuklear negara yang mampan menerusi Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030.
Kunjungan ke Pusat Hubungan Awam ELGAIA Ohi (Public Relation Centre ELGAIA Ohi) pula adalah adalah fasiliti nuklear yang menyediakan kemudahan simulasi operasi latihan termasuk salah satu teater realiti maya terbesar dunia bagi membolehkan pelawat melalui lawatan virtual pusat nuklear.
Skip to content