Skip to main content
Berita

Lawatan ke Reruai Pameran Program Madani Rakyat 2025 Kelantan

08 Ogos 2025, Kelantan – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah mengadakan lawatan ke reruai-reruai pameran perkhidmatan 𝘡𝘰𝘢𝘀𝘩𝘱𝘰π˜ͺ𝘯𝘡 oleh kementerian/agensi/negeri yang menyertai Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

#PMR2025kelantan berlangsung dari 7-9 Ogos 2025 yang menawarkan pelbagai inisiatif menarik untuk Rakyat antaranya Jualan MADANI dengan potongan harga dan tawaran istimewa (diskaun 10% hingga 30%) bagi barangan keperluan harian; reruai PDRM dan JPJ yang menawarkan diskaun sehingga 50% bagi saman-saman kesalahan trafik dan jalan raya terpilih serta pertukaran topi keledar lama dengan baharu sebanyak 3000 unit, reruai STEM AI dengan pameran interaktif STI dan banyak lagi.
Orang-orang Kelate, jangan lupo pakat mari belako deh.
Skip to content