Skip to main content
BeritaCovid-19

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Serdang

By 2021-08-19Ogos 24th, 2021No Comments
19 Ogos 2021, Selangor – YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di Serdang pagi ini bagi meninjau perkembangan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Beliau telah menerima penerangan berkenaan PICK dan operasi PPV oleh YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI.
Lawatan tersebut menunjukkan komitmen berterusan Perkhidmatan Awam negara dalam menjamin kelancaran program pemberian vaksin dalam pengurusan membendung serta melandaikan keluk jangkitan COVID-19.
Tan Sri KSN berpeluang bertemu para petugas dan penerima-penerima vaksin serta bertanyakan keadaan dan pengalaman mereka.
Hadir sama pada lawatan ini ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara.
PPV MIECC mula dibuka pada 14 Jun 2021 dengan kapasiti suntikan harian sehingga 15,000 orang sehari selaras dengan matlamat Kerajaan bagi meningkatkan kadar suntikan vaksin, sekali gus menjamin matlamat kerajaan ke arah Pelan Pemulihan Negara.