Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI Ke Fasiliti Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd.

5 Mei 2023, Selangor – Lawatan kerja YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI ke Fasiliti Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. bagi melihat dan mendapatkan maklumat mengenai perancangan untuk membangunkan dan menghasilkan vaksin tempatan di Malaysia oleh Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd.
Delegasi MOSTI telah disambut dan diberikan taklimat oleh Encik Mohamed Iqbal Abdul Rahman, Chief Operating Officer, Pharmaniaga, YBrs. Dr. Badrulhisam Abdul Rahman Chief Scientific Officer dan pasukan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd.
Sebagai Kementerian yang telah dimandatkan untuk memantau hala tuju inisiatif Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN), MOSTI komited dalam membantu industri yang berani mengambil risiko untuk membangunkan industri vaksin di Malaysia mengambil kira lanskap industri pembangunan vaksin yang mempunyai ‘return of investment’ yang rendah, keperluan modal perniagaan yang besar dan juga kos pemerolehan teknologi yang tinggi.
Hadir sama YBrs. Dr. Mohd Azlan bin Zaharudin – Pengarah, Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia.
344810224 985635976181165 3956982302140573987 n    345038001 215856021178850 3492765057855634371 n344872476 758849925718709 6384231065801737681 n    345070680 2186910754829291 3333885182559519487 n
Skip to content