Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan

2 Oktober 2023, Kelantan – YBhg. Dato’ Ts Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diiringi oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kelantan (KIMIA Kelantan).
Keduanya telah disambut oleh YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Pengarah KIMIA Kelantan, YBrs. Pn. Hashimah binti Yahya.
YBhg. Dato’ KSU diberikan taklimat mengenai peranan dan fungsi KIMIA Kelantan khususnya seterusnya mengadakan sesi ramah mesra bersama warga kerja KIMIA Kelantan serta dibawa meninjau ke fasiliti-fasiliti yang terdapat di sana.
Skip to content