15 September 2023, Sarawak – YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak.
Agenda utama lawatan adalah bagi meninjau kemajuan projek pembangunan MOSTI yang terdapat di KIMIA Sarawak antaranya Projek Menaiktaraf Sistem Penghawa Dingin Berpusat dan Split, Sistem Photovotaic Solar dan Projek Penambaikan Tangki Penyimpanan Air Sejuk Domestik.
Selain itu, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin turut meluangkan masa masa bersama warga kerja KIMIA Sarawak dalam satu sesi perkongsian. Beliau turut dibawa meninjau beberapa makmal di sini. Hadir sama YBrs. Encik Shaari bin Desa, Timbalan Ketua Pengarah KIMIA Malaysia dan YBrs. Encik Hasrul Zamir bin Hashim Timbalan Pengarah KIMIA Sarawak.