Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu (KIMIA Terengganu)

1 Oktober 2023, Terengganu – YBhg. Dato’ Ts Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diiringi oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu (KIMIA Terengganu).

Keduanya telah disambut oleh YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) serta Pengarah KIMIA Terengganu, YBrs. Puan Siti Redzoh binti Ibrahim dan warga kerja KIMIA Terengganu.
YBhg. Dato’ KSU diberikan taklimat mengenai peranan dan fungsi KIMIA Terengganu khususnya dan dibawa meninjau ke fasiliti-fasiliti yang terdapat di sana.
Skip to content