Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI Ke Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI)

27 Mac 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI.
YBhg. Datuk Seri KSU MOSTI telah diberikan taklimat mengenai projek-projek semasa dan yang sedang berjalan di MRANTI serta kemajuan semasa bagi projek International Innovation Hub (IIH) – Area57: Pembangunan bagi Mendirikan Kompleks Kemudahan Dron, Pembangunan dan Naik Taraf Infrastruktur Taman MRANTI : Penyelidikan Tapak PMU TNB dan Kerja Pembaikan Cerun.
Turut serta dalam sesi lawatan turun padang adalah YBhg. Datuk Wira Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff, CEO MRANTI, Puan Siti Salmiah binti Haji Dimyati, Timbalan Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan MOSTI.
Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek yang fasa pembinaan bagi memastikan projek siap mengikut perancangan serta ‘outcome’ yang disasarkan memenuhi keperluan sasaran.
Skip to content