Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI Ke Malaysian Technolgy Development Corporation (MTDC) dan NIBM Malaysia

16 Mei 2023, Selangor – Lawatan turun padang oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI ke projek pembangunan di bawah Malaysian Technolgy Development Corporation (MTDC) dan NIBM Malaysia.
YBhg. Datuk KSU terlebih dahulu ke syarikat Bio Angle Vacs Sdn. Bhd. yang menerima dana di bawah MTDC bagi projek Commercialisation of Intranasal Spray Vaccine for Goats and Sheep Against Pneumonia.
Sesi lawatan turun padang diteruskan ke projek Pembangunan Nurseri Tumbuhan Bersistem Hidroponik Vertical Bagi Tumbuhan Perubatan di Agro-Biotechnology Institute Malaysia (ABI), Serdang.
Lawatan turun padang ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan dan kemajuan projek-projek tersebut. Di samping itu, platform turun padang juga merupakan medium terbaik bagi membincangkan isu atau permasalahan berkaitan.
Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaluddin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI serta wakil dari Bahagian PTK dan Bahagian TSA.
346042714 3494990680761355 2433550184726676131 n   346077106 1312591832933139 6588976852986859615 n346958984 181903661102756 4165137134016967316 n   346965615 1889819604705297 3573892690517271618 n
Skip to content