Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia Langkawi, Kedah

22 Julai 2024, Kedah – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan sesi lawatan turun padang ke Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia Langkawi, Kedah bagi melawat projek pembangunan RMKE12.
Projek tersebut adalah projek Kerja- kerja Menaik Taraf Observatori Negara Langkawi (ONL) Bagi Memastikan Kelestarian ONL sebagai Hub Astronomi Negara.
Turut mengiringi lawatan kerja KSU MOSTI adalah YBrs Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), serta pegawai- pegawai YBrs Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Malaysia (MySA) dan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah.
Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai outcome yang disasarkan.
Skip to content