Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Planetarium Negara

Kuala Lumpur, 24 Jun 2020 – YB Khairy Jamaluddin hari ini meluangkan masa berkunjung ke Planetarium Negara bersama Ketua Setiausaha Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir dan Timbalan Ketua Setiausaha YBrs. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada lawatan kerja ke semua agensi-agensi di bawah MOSTI.

Puan Anita Bahari, Pengarah Planetarium Negara telah memberikan penerangan mengenai fungsi, peranan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Planetarium Negara dalam menerajui pendidikan astronomi sains angkasa di Malaysia.

Planetarium Negara berkongsi ilmu astronomi mengenai jasad cakerawala yang terdiri daripada gabungan cakerawala yang terdiri dari gugusan bintang-bintang, planet, buruj, komet, nebula dan galaksi melalui simulasi langit menggunakan teknologi ‘Full Dome System’. Pada sesi lawatan, YB Khairy Jamaluddin turut merasai pengalaman menyaksikan Simulasi langit Kuala Lumpur.

Planetarium Negara juga mencatat sejarah tersendiri apabila Malaysia berjaya menamakan sebuah bintang dan planet di buruj Fornax. Bintang yang terpeta di landskap astronomi ialah ‘Intan’ dan planet ialah ‘baiduri’. Kejayaan mengangkat kedua-dua nama tersebut diraih menerusi Pertandingan Nameexoworlds Malaysia yang julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-100 Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada 1 Julai hingga 27 Oktober 2019.