Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja Timbalan Menteri MOSTI ke National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)

13 Februari 2024, Selangor – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja ke National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), Serdang hari ini.
Sesi lawatan ini telah disantuni oleh YBhg. Datuk Ahmad Zaki Bin Zahid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah NIBM, YBrs. En. Jafri Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah NIBM, YBhg. Prof. Datuk Wira Dr. Raha binti Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) NIBM, Pengarah ABI-NIBM, Pengarah MGVI-NIBM, dan warga NIBM.
NIBM merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang terdiri daripada terdiri daripada tiga (3) institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) yang terletak di Serdang, Selangor, Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) yang terletak di Bangi, Selangor dan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) yang terletak di Halaman Bukit Gambir, Pulau Pinang.
Antara peranan NIBM adalah untuk menetapkan keutamaan dan hala tuju aktiviti Research & Development & Innovation (RDI) dan meningkatkan ekosistem RDI.
Dalam lawatan kerja tersebut YB Timbalan Menteri dan delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan, kepakaran, penyelidikan, kemudahan, perkhidmatan STI yang ditawarkan oleh NIBM dan lain-lain projek. YB Timbalan Menteri juga dibawa melawat ke pameran produk serta makmal-makmaI di Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) seperti Makmal Kultur Tisu, Makmal Bioreaktor dan Propagasi serta Makmal Bioteknologi Akuakultur.
Skip to content