11 Ogos 2023, Selangor – YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah mengadakan lawatan ke Malaysia High Functioning Autism Association (MAHFAA).
MAHFAA adalah sebuah pertubuhan berdaftar yang bertindak sebagai kumpulan sokongan buat kanak-kanak High Functioning Autism dan ibu bapa mereka.
Dalam sesi lawatan ini, YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei membincangan mengenai penglibatan pihak MAHFAA dalam memperkasakan Sains (Science), Teknologi (Technology), Kejuruteraan (Engineering), Kesnian (Art) dan Matematik (Mathematics) – (STEAM) terhadap golongan kurang upaya.