Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja TKSU(P) di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu, Sarawak

28 September 2026, Sibu – YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI bersama YBrs. Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI MOSTI mengadakan lawatan kerja di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu (KIMIA Sibu).
Dalam rangka lawatan ini, beliau berkesempatan meninjau dan melawat kesemua fasiliti makmal di KIMIA Sibu bagi melihat sendiri pengoperasian, keupayaan teknikal serta kualiti perkhidmatan analisis yang dijalankan oleh warga jabatan secara mendalam.
Satu Sesi Townhall bersama Pegawai Sains yang telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Encik Abdul Razak bin Mohd Iman, Pengarah KIMIA Sibu juga telah diadakan. Sesi bertukar pandangan yang interaktif dan konstruktif ini menjadi platform terbaik buat para pegawai untuk berkongsi aspirasi, mengutarakan idea baharu serta membincangkan hala tuju pemerkasaan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) demi meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) secara keseluruhan.
Skip to content