Skip to main content
BeritaCovid-19

Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu

By 2021-08-12September 12th, 2021No Comments
12 Ogos 2021, Terengganu – YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin hari ini mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu diiringi oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
PPV TTI itu memulakan operasinya pada Selasa lalu dengan mensasarkan suntikan maksimum sebanyak 4,000 sehari. PPV TTI merupakan pusat vaksin terbaru yang dibuka dalam usaha meningkatkan lagi kadar vaksinasi kepada rakyat Negeri Terengganu.
Sebanyak 590,000 lagi dos vaksin akan dihantar ke Terengganu bulan ini untuk meningkatkan peratusan penerima vaksin negeri berkenaan.
Skip to content