Skip to main content
Berita

Lawatan kerja YB Menteri MOSTI ke MIMOS Berhad

By 2021-10-27November 2nd, 2021No Comments
27 Oktober 2021, Selangor – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba meluangkan masa melawat ke sebuah lagi agensi di bawah MOSTI iaitu MIMOS Berhad
Sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional, MIMOS menyokong pewujudan dan pembangunan industri dalam bidang-bidang berkaitan ICT, Semikonduktor dan Mikroelektronik ke arah meningkatkan daya saing nasional. Peranannya juga mencakupi pembinaan kapasiti dan keupayaan serta penyediaan khidmat perundingan dan nasihat kepada Kerajaan dan industri.
Hadir sama YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
Skip to content