Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YB Menteri MOSTI ke Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara

By 2021-10-06Oktober 11th, 2021No Comments
6 Oktober 2021, Kuala Lumpur – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini mengadakan lawatan kerja ke Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara bagi melihat dan merasai sendiri aktiviti yang terdapat di dua pusat tersebut. Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara akan kembali beroperasi dengan pematuhan  SOP sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara merupakan dua institusi penting yang memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya kepada generasi muda berhubung sains angkasa serta pendidikan sains secara amnya. Justeru itu, orang ramai boleh mengambil peluang ini bagi menjadikan penerokaan sains dan teknologi sebahagian daripada aktiviti yang menarik untuk dijadikan pilihan kepada anak-anak.
Skip to content