Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri MOSTI ke Ruang Reka STIE Komuniti Keluarga Malaysia

By 2021-10-24November 2nd, 2021No Comments
24 Oktober 2021, Terengganu – YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Lawatan ke Ruang Reka STIE Komuniti Keluarga Malaysia di bawah Yayasan Inovasi Malaysia – YIM – Malaysia Innovation Foundation yang terletak di Perumahan Rakyat PPR Hiliran, Kuala Terengganu
Ruang Reka STIE Komuniti Keluarga Malaysia merupakan sebuah program pembudayaan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi dengan membangunkan prototaip produk inovasi ke peringkat pra-pengkomersialan dan mereplikasi projek inovasi ke komuniti lain. Program ini dijangka dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan komuniti setempat melalui aktiviti pengkomersialan.
Untuk rekod terdapat 3 lokasi pilot projek Ruang Reka STIE Komuniti Keluarga Malaysia iaitu dia Balai Raya Taman Mawar, Paroi , Negeri Sembilan, PPA Desa Rejang, Kuala Lumpur dan Perumahan Rakyat PPR Hiliran, Kuala Terengganu.
Selepas itu, YB Datuk Haji Ahmad Amzad mengadakan Lawatan Tapak Projek Berimpak Tinggi (HIP6) YIM Inovasi Inklusif di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Projek Pengekstrakan Minyak Gelam Komuniti Kampung Padang Jejawi di UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus.
Projek inovasi Minyak Gelam ini bertujuan untuk menjana pendapatan komuniti B40 di negeri Terengganu. Projek rintis ini dijayakan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B dan dilaksanakan di Kampung Padang Jejawi, Setiu.
Seterusnya, YB Datuk Haji Ahmad Amzad melawat ke Tapak Projek Berimpak Tinggi (HIP6) Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) – Inovasi Inklusif di Pusat Latihan Cendawan Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad ( KOKULAC ) di Melor Kelantan.
Antara aktiviti utama KOKULAC adalah menganjur kursus, bengkel dan lawatan, menjual bongkah , mesin-mesin cendawan dan benih cendawan, menyediakan perkhidmatan nasihat, bimbingan yang pakar dalam pelbagai jenis cendawan serta menganjur kursus pengurusan produk hiliran berasaskan cendawan.
YIM merupakan agensi pelaksana bagi geran Program HIP 6 bertujuan, membantu golongan usahawan terutamanya B40 dalam sektor Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) melalui Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Inovasi Inklusif SME Corp Malaysia.
Program HIP 6 bertujuan mengenalpasti, dan membangunkan produk inovasi inklusif yang mampu memberi manfaat kepada komuniti setempat Keluarga Malaysia dari sudut peningkatan produktiviti, kesihatan, pendidikan, makanan, teknologi dan pembangunan utiliti terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Skip to content