Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Ts. Dr. Ketua Setiausaha MOSTI ke Sarawak Biodiversity Centre (SBC)

10 Jun 2026, Kuching – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, telah mengetuai delegasi lawatan kerja ke Sarawak Biodiversity Centre (SBC) di Kuching, Sarawak.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha pengkomersialan R&D khazanah alam semula jadi dan perkongsian faedah kepada masyarakat tempatan. SBC yang telah ditubuhkan pada tahun 1998 telah turut membuat penerangan tentang kepakaran dalam sektor bioteknologi dalam keterjaminan makanan, tenaga alternatif dan nutraseutikal.
Turut hadir En. Khalid Yashaiya, CSO MRANTI serta pegawai-pegawai MOSTI dan MRANTI.
Skip to content