Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM Dan KSU MOSTI Ke Projek Biobaja Migrofas M99 Agensi Nuklear Malaysia

4 Februari 2023, Perak – Lawatan kerja YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Projek Biobaja Migrofas M99 Agensi Nuklear Malaysia ke atas tanaman timun, peria, limau kasturi, petola, labu air, serai, kacang panjang, pisang dan kelapa sawit di Ladang EGI Green yang terletak di Sungkai, Perak.

 

Biobaja Migrofas ini merupakan salah satu R&D yang telah dibuat oleh Nuklear Malaysia yang mengandungi satu jenis mikroorganisma berfaedah dengan kebolehan pelbagai iaitu mampu mengikat nitrogen dari atmosfera, menguraikan fosfat dan kalium.
Mikroorgansima berfaedah ini ialah bakteria tanah, Pseudomonas putida yang dipencilkan daripada tanah sawah padi. Penggunaan biobaja mampu meningkatkan ketersediaan nutrien makro dalam tanah untuk kegunaan tanaman, mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia, mesra alam, mudah digunakan serta menyokong pertanian lestari.
Semasa Lawatan, turut dipamerkan produk Nuklear Malaysia untuk pertanian iaitu Benih Padi IS21 (NMR152) dan juga NM Oligokitosan. Hadir sama dalam sesi lawatan ini ialah YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), MOSTI, YBrs. Dr. Abdul Rahim Bin Harun – Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YB Sivanesan A/L Achalingam, ADUN Sungkai, Tuan Neel Azwar Bin Abdul Karim – Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) mewakili Pegawai Daerah Batang Padang, Tuan En Iskandar Bin Abdullah – Penghulu Mukim Sungkai, YBhg. Datuk Abdul Halim Bin Nawi – Ketua Pegawai Eksekutif, CEO EGI Biotek Sdn. Bhd., Pengurusan Tertinggi MOSTI dan Nuklear Malaysia.
Nuklear Malaysia selaku agensi di bawah MOSTI sentiasa komited dalam merapatkan jurang capaian teknologi antara bandar dan luar bandar, menyumbang kepada perkembangan ekonomi setempat serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan sektor awam. Sehubungan itu, Nuklear Malaysia menerapkan pendekatan 4K iaitu Komuniti, Kerjasama, Kemajuan dan Kemakmuaran supaya aplikasi teknologi nuklear yang dibangunkan ini sentiasa relevan dengan keberkesanan dan kemajuan yang mempunyai nilai komersial kepada komuniti dan kumpulan sasar.
DSC 3099     DSC 3087
DSC 3071     DSC 3030
Skip to content