Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI dan KSU MOSTI ke Transit Aliran Autonomi (ART)

22 September 2023, Sarawak – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI serta delegasi MOSTI hari ini berpeluang menaiki Transit Aliran Autonomi (ART), kenderaan tanpa pemandu dan dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen yang pertama di Malaysia.
Lawatan ini disambut baik oleh Ts. Hj Suhardi Bin Mohamad Ali Yakop, Director Land Management & Business Development, En. Mohd Asmadi Abdul Manaf, Project Director Mobilus Sdn Bhd dan pasukan Sarawak Metro, syarikat milik kerajaan Negeri Sarawak.
ART ini boleh membawa sehingga 300 penumpang dengan kelajuan sehingga 70 km/jam. Sarawak telah memulakan percubaan sistem ART (ujian Kejuruteraan) dengan ketibaan prototaip kenderaan berkuasa hidrogen itu bermula 1 September 2023 di kawasan Isthmus, Kuching selama 2 bulan bagi tujuan kolektif data sebelum pelaksanaan sepenuhnya yang disasarkan pada tahun 2025.
Skip to content