11 April 2023, Selangor – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) pada hari ini.
Beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim serta pengurusan tertinggi KIMIA Malaysia.
Satu sesi pembentangan untuk menerangkan peranan, perkhidmatan serta bidang tugas KIMIA Malaysia telah diadakan.
Beliau seterusnya dibawa melawat Bahagian DNA Forensik, Bahagian Narkotik dan Bahagian Klasifikasi Tarif di Ibu Pejabat KIMIA Malaysia.
Hadir sama YBrs. Puan Ruziah Shafie, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.