17 Mac 2025, Pahang – Lawatan Kerja YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi ke Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Temerloh, Pahang pada 17 Mac 2025. Lawatan ini bertujuan untuk melihat kemudahan yang terdiri daripada komponen sistem antena dan sistem prapemprosesan data satelit remote sensing.
Kehadiran YBM MOSTI disambut oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengrah MYSA. Hadir sama dalam lawatan tersebut, YB Tuan Rizal bin Jamin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang dan YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
Delegasi turut dibawa melawat ke sistem antena generasi baharu yang berfungsi untuk menerima data satelit remote sensing secara terus pada setiap hari.