Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV)

10April 2023, Kuala Lumpur – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV). Turut bersama YBhg. Datuk Ts. Dr Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI. Delegasi MOSTI di sambut oleh Pengarah MDV, YBhg. Datuk Asmuni Sudin dan pasukan Pengurusan MDV yang diketuai oleh YBrs. Encik Nizam Mohamed Nadzri, CEO MDV.
MDV merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang berperanan untuk menyediakan pembiayaan kewangan kepada syarikat-syarikat di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), teknologi hijau, bioteknologi dan teknologi baharu.
YB Menteri telah diberikan taklimat mengenai fungsi dan prestasi MDV. YB Menteri dan Pengurusan MDV juga berbincang serta bertukar idea dan pandangan mengenai hala tuju dan aspirasi masa depan khususnya dalam menawarkan pembiayaan yang inovatif dan fleksibel kepada syarikat teknologi, terutamanya PKS dan syarikat baru.
IMG 7669    MG 7635IMG 7696    IMG 7700
Skip to content