Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke NanoMalaysia Berhad

16 Disember 2022, Kuala Lumpur – NanoMalaysia Berhad hari ini menerima kunjungan YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam rangka lawatan kerja ke jabatan dan agensi di bawah seliaan MOSTI.
Nano Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk bertindak sebagai sebuah entiti perniagaan yang diamanahkan dengan aktiviti pengkomersialan dan perindustrian nanoteknologi menerusi model pembangunan usaha sama.
YB Chang telah disambut oleh YBhg Dato’ Ng Wan Peng, Pengarah, NanoMalaysia Berhad, YBhg Professor Datuk Dr. A. Rahman Bin A. Jamal, Pengarah, NanoMalaysia Berhad dan YBrs Dr Rezal Khairi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah, NanoMalaysia Berhad.
Turut hadir YBhg. Datuk Ts Dr Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) dan YBrs. Prof. Madya Dr Ruslinda A. Rahim, Pengarah, Pusat Nanoteknologi Kebangsaan.
318603840 398642452421208 8433658810152853885 n       319841644 689951675919634 3672255359867858757 n
Skip to content