9 Januari 2024, Putrajaya – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI.
Presiden MBOT, YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, telah berkongsi mengenai fungsi dan peranan MBOT serta perkembangan terkini tentang pencapaian semasa dan inisiatif-inisiatif MBOT bagi tahun 2024. Pertemuan ini juga menjadi medium untuk menekankan beberapa isu utama MBOT seperti penguatkuasaan akta dalam memperkasa pengiktirafan teknologis dan juruteknik dan isu penerimaan graduan TVET dalam sektor awam.
Turut hadir ialah Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), pegawai-pegawai kanan MOSTI, Anggota Lembaga MBOT dan pengurusan tertinggi MBOT.
Untuk rekod, MBOT ditubuhkan sebagai sebuah badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf Teknologis Profesional serta juruteknik bertauliah.