Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke MYSA

9 Januari 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diiringi delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur.

Sesi lawatan ini telah disantuni oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA serta pegawai-pegawai MYSA.
Dalam lawatan kerja tersebut YB Timbalan Menteri dan delegasi telah diberi taklimat mengenai peranan serta fungsi MYSA.
YB Timbalan Menteri MOSTI dan delegasi juga dibawa melawat ke kemudahan-kemudahan di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
Skip to content