Skip to main content
Berita

Lawatan KSN ke Rerumai STEM dan AI di 22nd World Robot Olympiad 2025 Singapura

6 Disember 2025, Singapura – Reruai STEM dan AI terus menarik perhatian apabila YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), bersama YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Hj Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, singgah bertemu pasukan Malaysia yang mewakili negara ke 22nd World Robot Olympiad (WRO) 2025 di Singapura.
Malaysia sekali lagi mencatat kejayaan cemerlang dengan 4 pingat emas, 4 pingat perak, dan 2 Anugerah Kecemerlangan, membuktikan kebolehan pasukan robotik negara menggegarkan pentas antarabangsa.
Syabas dan tahniah kepada para pelajar, guru, jurulatih, dan semua tenaga penggerak di sebalik kejayaan ini. Teruskan kecemerlangan demi masa depan inovasi Malaysia!
Skip to content