Skip to main content
Berita

Lawatan Pergerakan Puteri Islam (PPIM) di Planetarium Negara

20 Jun 2026, Kuala Lumpur – Planetarium Negara telah menerima lawatan daripada Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) bersempena Program Perkhemahan Alam anjuran Pergerakan tersebut pada hari ini bagi meningkatkan pengetahuan dan minat peserta terhadap bidang sains, teknologi dan Astronomi melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.
Program bermula dengan lawatan ke Galeri Pameran di Planetarium Negara serta tayangan khas di Teater Angkasa melibatkan ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Aktiviti tersebut memberi peluang kepada peserta untuk mendalami ilmu berkaitan penerokaan angkasa lepas, Astronomi dan inovasi sains secara interaktif.
Kemuncak program ialah kehadiran YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail selaku Yang DiPertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia, yang telah meluangkan masa menyantuni para peserta menerusi sesi ramah mesra. Program ini berjaya memperkukuh hubungan antara ahli PPIM dan pihak Planetarium Negara dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara amnya.
Hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBrs. Encik Mohd Zamri Shah bin Mastor, Pengarah Planetarium Negara.
Skip to content