Skip to main content
Berita

Lawatan Turun Padang ke Ruang Daya Cipta (RDC) Langkawi

19 Mei 2025, Kedah – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Ruang Daya Cipta (RDC ) Langkawi yang terletak di Anjung Budaya, Kompleks LADA, Langkawi. Program RDC yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) merupakan sebuah Hab Reka Cipta, Teknologi dan Inovasi yang menawarkan pembelajaran, latihan dan bantuan teknikal.

Antara modul dan fasiliti yang terdapat di RDC Langkawi adalah Kursus Asas Cetakan Baju (Fleksilk), Kursus AI untuk perniagaan, Penggunaan 3D Printer, Kawalan dan Penjagaan Dron, Kursus Robotik dan Kursus Asas Canva.
Turut mengiringi YBhg. Datuk Seri KSU MOSTI ialah YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI serta pegawai-pegawai daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Skip to content