Skip to main content
Berita

Lawatan Turun Padang KSU MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor

13 Januari 2026, Johor Bahru – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor bagi projek Membina Bangunan Tambahan, Menggantikan Dumbwaiter, Penyelenggaraan & Baik Pulih Bangunan dan Peralatan Tahun 2025 dan Penyelenggaraan Infrastruktur, Bangunan dan Peralatan Tahun 2026.
Projek-projek ini merupakan usaha untuk memastikan Jabatan Kimia Negeri Johor mempunyai kemudahan, infrastruktur dan peralatan yang mencukupi, selamat serta berfungsi secara optimum dalam menyokong keperluan operasi sekaligus memastikan kelancaran perkhidmatan analisis serta pematuhan kepada piawaian yang ditetapkan.
Lawatan kerja ini turut diiringi oleh YBrs. ChM Marhayani bin Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Khalid bin Abdul Samad, Pengarah Pembangunan Negeri Johor, YBrs. Haji Khairul Hadi bin Haji Abd Raof, Pengarah Jabatan Kimia Negeri Johor, YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, pegawai-pegawai dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan warga kerja Jabatan Kimia Malaysia.
Skip to content