Skip to main content
Berita

Lawatan Turun Padang KSU MOSTI ke Syarikat MTC Orec Sdn Bhd dan IX Telecom Sdn Bhd

23 Februari 2026, Cyberjaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan turun padang ke Syarikat MTC Orec Sdn Bhd dan IX Telecom Sdn Bhd.
Lawatan turun padang ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan dan kemajuan projek syarikat yang menerima Dana Pelaburan Strategik Venturetech (DE) dibawah RMKe12 dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35). Objektif Dana ini adalah membangunkan daya saing PKS dengan memupuk kapabiliti dan menyalurkan dana dalam bentuk ekuiti dan pelaburan dalam industri nilai tambah tinggi dan teknologi tinggi. Sehingga kini, 35 syarikat Bumiputera telah menerima pelaburan ekuiti daripada VentureTECH merangkumi sektor seperti Bioteknologi, Teknologi Hijau, Teknologi Baharu Muncul dan Sektor π»π‘–π‘”β„Ž πΊπ‘Ÿπ‘œπ‘€π‘‘β„Ž, π»π‘–π‘”β„Ž π‘‰π‘Žπ‘™π‘’π‘’ (𝐻𝐺𝐻𝑉).
Terdahulu, YBhg. Datuk Seri KSU melawat ke MTC Orec Sdn Bhd, sebuah syarikat kejuruteraan milik Bumiputera yang mengkhususkan dalam biotenaga. Ia membangunkan loji biometana berasaskan POME pertama di Malaysia dengan suntikan langsung ke saluran paip Gas Malaysia Berhad.
Sesi lawatan turun padang diteruskan ke Syarikat IX Telecom Sdn Bhd,syarikat milik Bumiputera dan Pengendali Rangkaian Maya (π‘‰π‘–π‘Ÿπ‘‘π‘’π‘Žπ‘™ π‘π‘’π‘‘π‘€π‘œπ‘Ÿπ‘˜ π‘‚π‘π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘œπ‘Ÿ (𝑉𝑁𝑂)) global dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi digital yang menyediakan sambungan global hujung ke hujung dan perkhidmatan infrastruktur digital yang merangkumi lebih 200 negara dan wilayah.
Turut hadir, YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBhg. Datuk Haji Ir. Khalilur Rahman Ebrahim, Pengerusi VentureTech, YBrs. Ts. Rusdi Abdul Rahim CEO MIGHT, Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan MOSTI serta pegawai dari Kementerian Kewangan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.
Skip to content