Skip to main content
Berita

Lawatan Turun Padang PUSPANITA Kebangsaan Ke MOSTI

By 2013-12-24Disember 14th, 2020No Comments

DSC_6616

 

KUALA LUMPUR (24 Disember 2013) : PUSPANITA Kebangsaan yang diketuai Yang Dipertua (YDP),YBhg. Puan Sri Dato’ Rohani Abdullah juga merupakan isteri kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiusaha Negara telah mengadakan lawatan turun padang ke MOSTI.

Lawatan julung-julung kalinya ini telah berlangsung di Planeterium Negara dan turut diraikan dalam lawatan tersebut ialah 30 orang kanak-kanak istimewa yang dibawa khas dari Taman Asuhan Harian Untuk Kanak-Kanak Istimewa, Tasputra Perkim (TASPUTRA) Jalan Ampang Hilir dan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan (SMPK) Setapak, sempena Hari OKU yang disambut setiap bulan Disember setiap tahun.

Kehadiran Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Kedua Negara bukan sahaja berjaya memeriahkan lagi majlis ini malahan memberi inspirasi kepada kanak-kanak istimewa berkenaan untuk mencintai bidang sains angkasa. Kanak-kanak istimewa ini turut terlibat dalam pertandingan menghias roket (Oh My Rocket!) dan dipersembahkan Science Show oleh Pusat Sains Negara.

Di akhir program tersebut, semua tetamu dihiburkan dengan nyanyian merdu oleh remaja OKU yang sangat berbakat sambil menikmati jamuan minum petang.

Skip to content